MAJLIS BELIA MALAYSIA

ToT Inovasi Sosial : Let’s Be a Change Maker!

Konsep inovasi sosial ialah sebuah konsep penyelesaian masalah sosial yang lebih efektif, berkesan, dan bertahan lama. Inovasi sosial yang di ketengahkan dalam program ini ialah untuk memberi cetusan idea-idea segar kepada permasalahan masyarakat yang sedia ada.

Masyarakat yang sedang membangun sangat perlu kepada inovasi, iaitu penemuan-penemuan baru samada berupa gagasan (idea-idea), tindakan (metodologi) atau peralatan baru (teknologi). Inovasi sosial merupakan salah satu faktor pelancar terjadinya perubahan sosial, yang merupakan asas dari pembangunan masyarakat.

Mari sertai ToT Inovasi Sosial : Let’s Be a Change Maker! ini yang membariskan ahli-ahli panel berwibawa pada 12-13 Februari 2016 di Kompleks Darul Putri (Pergerakan Putri Islam Malaysia), Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut, sila hubungi En. Mohd Faiz di talian 019-3917339.

IMG_3819

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »