MAJLIS BELIA MALAYSIA

TNB: TOLONG JANGAN JADIKAN PENGGUNA SEBAGAI MANGSA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar bersikap lebih sensitif kepada keluh resah pengguna yang menjadi mangsa kesilapan pihak TNB sendiri. MBM menerima banyak aduan pengguna yang rata-rata dari kalangan anak muda memperlihatkan kekecewaan mereka terhadap TNB berhubung isu peningkatan kos bil elektrik. Alasan TNB mengatakan bil elektrik terkini adalah bacaan sebenar daripada sistem baru yang digunapakai sekaligus memaksa pengguna membayar bil untuk tempoh dua bulan.

Memudahkan bahasa, “TNB buat silap, pengguna kena tanggung”. MBM berpendapat sekiranya terdapat kesilapan sekalipun, tiada salahnya pihak TNB sendiri yang menanggungnya memandangkan keuntungan yang diraih berjuta-juta saban tahun. MBM mengalu-alukan sebarang bantuan penyelesaian masalah oleh TNB kepada para pengguna.

MBM menyarankan agar pihak TNB lebih prihatin dengan keadaan masyarakat ketika ini yang terbeban dengan banyak perkara, ditambah pula musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

MBM menuntut pihak TNB agar segera menjelaskan sebab musabab berlakunya perkara tersebut kepada umum agar rakyat Malaysia tidak terus dilanda ketidaktentuan.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH                                  

KETUA PENERANGAN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tarikh      : 28 Mei 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »