MAJLIS BELIA MALAYSIA

The Sixth ASEAN Senior Officials Meeting on Youth

Jakarta – “The Sixth ASEAN Senior Officials Meeting on Youth” SOMY VI  telah berlangsung pada 6 September dan 7 September 2012 di Jakarta, Indonesia. . SOMY merupakan mensyuarat yang diadakan setiap dua tahun dan sebelum ini ia telah berlangsung di Viet Nam pada tahun 2010. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi dari ASEAN Secretariat, Kementerian Belia di negara ASEAN serta dari negara Jepun, China dan Korea. Encik Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia  selaku Malaysia Focal Point – Committee for ASEAN Youth Cooperation telah menyertai mesyuarat ini bersama  Mr. M. Vimalan Muthupandian, Director Youth International Affair KBS dan Puan Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN. Mesyuarat telah berlangsung di Hotel Gran Mahakam, Jakarta dan telah dipengerusikan oleh Ms. Bui Diem Huong, Deputy Director General of the Youth International Cooperation Development Centre (CYDECO), National Committee on Youth of Viet Nam.  Antara isu yang dibincangkan seperti kerjasama ASEAN dalam pembangunan belia serta program-program yang akan telah dilaksanakan serta program-program pembangunan belia yang akan berlangsung di ASEAN disepanjang 2012-2014.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »