Dengan tema “Enhancing the role of youth in ASEAN for sustainable development and regional integration”
Lao Plaza Hotel, Vientiane, Lao
PDR
16-20 July 2019
Catatan oleh : Bee Zurkiple
Prep-SOM , AMMY, AMMY+3 telah dihadiri oleh Menteri Belia dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dari Kementerian Belia/Pelajaran negara-negara ASEAN- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di wakili oleh Dr Zainah Shariff TKP Bahagian Pembangunan Belia dan Sdr Shafarin Shaari- Bahagian Hubungan Antarabangsa, turut hadir pertubuhan belia dari negara ASEAN, pertubuhan-pertubuhan di bawah ASEAN Charter (Committee for ASEAN youth Cooperation CAYC, Asean Youth Foundation, dsb)
#hightlights
1. “ASEAN Youth Work Plan 2016-2020” akan di muat naik ke lama sesawang ASEAN
dan boleh dimuat turun oleh semua dan beberapa “Sub-Goal” belum dicapai
sepenuhnya dan menyeru belia-belia samada dari pertubuhan dan individu untuk
menyokong dan menjalankan aktiviti selari dengan “ASEAN Youth Work Plan
2016-2020”.
2. Satu inisiatif telah dibawa oleh SOMY Filipina berkait dengan “SDG on Climate Change” dan inisiatif ini fokus kepada penanaman pokok sebanyak sejuta pokok di setiap negara ASEAN sasaran sebanyak 10juta pokok, inisiatif yang wajar untuk belia Malaysia sokong serta berkongsi dapatan seandainya sudah dilakukan dan MBM boleh membantu rekod mana-mana persatuan atau perkumpulan atau individu yang telah jalankan aktiviti menanam pokok bagi mencapai sasaran 1juta pokok ditanam dalam masa 2tahun (2019-2020).
3. Bersempena tema pada tahun ini sebagai tuan rumah Kerajaan Lao sambut baik dan menyeru anak-anak muda untuk fokus kepada bidang keushawanan yang dapat menjana ekonomi usahawan tersebut dan dapat membantu masyarakat sekeliling (social entrepreneurship) sehingga ia menjadi gabungan yang besar dan dapat menjana ekonomi negara dan rantau.
4. Pelbagai program dan inisiatif telah dan akan dijalankan oleh setiap negara ASEAN dan ASEAN+3 (China, Jepun, Korea) dan pertubuhan berkaitan, CAYC diwakili oleh Sdr Izzat Afifi Abdul Hamid (Naib Presiden MBM) telah membentangkan laporan tahunan CAYC serta program akan datang di antaranya yang program ASEAN Young Entrepreneur Forum dibentangkan bersama Koperasi Belia Inovasi Sarawak (Sdr Zaiwin Kassim – ZK), program ini akan dijalankan pada November 2019 di Kuching, Sarawak.
5. Mesyuarat AMMY dan AMMY+3 seterusnya akan diadakan pada 2022 di Malaysia.
6. Turut diadakan ASEAN Youth Day Meeting Awards dan Sdr Dalami Daniel Mat Nor penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2019 bagi Kategori Emas Remaja Perdana telah mewakili Malaysia bagi menerima pengiktirafan (tema AYDM 2019 -Ushawan Belia/muda) bersama dengan 9 penerima usahawan muda yang lain dari negara ASEAN.