Kepong, 17 Oktober – Program ‘Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Mengemis Di Bumi Sendiri : Kemiskinan & Ketidaksamaan Ekonomi Malaysia” bersempena dengan Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia’ anjuran Majlis Belia Malaysia yang bertempat di Akademi Kemahiran Minda Isbauk pada 17 Oktober 2016. Bermula pada pukul 9.15 pagi hingga 1.00 petang yang dihadiri seramai 150 orang pelajar dari pelbagai kursus di Isbauk.
Terus Terang adalah platform yang sentiasa membincangkan segala hal berkaitan dengan Majlis Belia Malaysia samada ianya menyentuh soal isu, dasar, perlaksanaan dan juga cadangan penambahbaikan.
Di samping itu, program ini juga dilihat sebagai platform utama kepada para belia untuk membincangkan segala hal berkaitan dengan belia Malaysia samada ianya menyentuh soal isu, dasar, perlaksanaan dan juga cadangan penambahbaikan. Pendekatan sesi sudut pandang bebas ini akan melibatkan golongan belia di institusi pengajian tinggi dan latihan kemahiran. Berlangsung selama hampir empat jam. Program juga diserikan lagi dengan amanat beserta sedikit perkongsian oleh panel iaitu Dr Muhammed Abdul Khalid beliau ialah Pengarah Institut Kajian Khazanah dan moderator ialah Sdr. Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abdul Hamid.
MBM dihadiri juga oleh Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Thai Ming Yeow.