Petaling Jaya 16 Februari – Forum “Terus Terang- Jangan Sembang Kosong, Terus Selesaikan” yang membincangkan topik “Mendepani Cabaran Belia Masa Kini” telah berjalan dengan lancarnya yang bertempat di Malaysian University of Science and Technology (MUST), Petaling Jaya, Selangor. Forum ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan juga pensyarah seramai 20 orang. Antara ahli panel yang dijemput adalah Sdr. Thai Ming Yeow, EXCO Majlis Belia Malaysia / Naib Presiden Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Sdr. Dzaiharuzi Dahman, EXCO Majlis Belia Malaysia / Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia, Sdr. Sivabalan a/l Muniandy, Presiden Malaysian Indian Youth Council dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia. Turut hadir bersama Prof. Dr. Premkumar Rajagopal Presiden Malaysian University Of Science and Technology (MUST), Sdr. Khairul Annuar Mansor Naib Presiden MBM dan Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM Sdr. Lee Chok Ahli Dewan Tertinggi MBM / Persatuan Belia Buddhist Malaysia.
Saudara Hasnul Hanif Harun, selaku exco MBM telah menjadikan moderator untuk forum tersebut. Antara isi kandungan penting dalam forum tersebut adalah berkenaan cabaran belia yang terbahagi kepada 4 iaitu politik, sosial, ekonomi dan teknologi. Media sosial adalah memainkan peranan tetapi di setiap apa yang ingin dikongsikan perlulah terlebih dahulu membuat kaji selidik. Untuk lebih lanjut saksikan video di laman youtube Majlis Belia Malaysia