KUALA KRAU 15 Dis – Sesi penerangan dan perbincangan telah diadakan antara PWS Sdn Bhd, pasukan penyelidik daripada UPM yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Khamirul Amin Matori, Encik Azman Ramli daripada EBU Channel Management, Celcom Digi Berhad serta semua Head of Celcom Digi Berhad dan New Jinn An, Ketua Pegawai Eksekutif Hexa IOT.
Perbincangan dan dan perancangan adalah lebih kepada membantu ekonomi penduduk setempat terutama golongan belia dalam bidang pertanian dan penternakan melalui penggunaan sistem pertanian dan penternakan pintar. Para tetamu turut dibawa melawat ke platform sangkar penternakan ikan.
Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan rakan kerjasama kepada PWS Sdn Bhd dalam melaksanakan projek ternakan ikan sangkar di Kuala Krau.
Hadir mewakili MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausahan Agung MBM serta Sdr. Saharuddin Ahmad, Bendahari MBN Pahang.
Harapan MBM agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan semua pihak terutamanya kepada pemegang taruh dalam segmen yang terlibat. Ia adalah sebagai usaha dalam menjana ekonomi penduduk setempat dan kemandirian MBM.