MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Penaziran Majlis Belia Daerah 2026: Memperkukuh Tadbir Urus Dan Pemerkasaan Gerak Kerja Belia

JOHOR,KUANTAN,PAHANG 18 OKTOBER 2026 – Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan komitmennya dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan gerakan belia di peringkat akar umbi menerusi pelaksanaan Jelajah Penaziran Majlis Belia Daerah 2026 pada 17 hingga 18 Oktober 2026. Jelajah ini diketuai oleh Jawatankuasa Penaziran MBM, Sdr. Izham Ahmad, dengan melibatkan beberapa kawasan di Negeri Johor dan Kuantan, Pahang.

Antara lokasi yang terlibat dalam siri penaziran kali ini ialah Majlis Belia Daerah (MBD) Segamat, MBD Muar, MBD Batu Pahat, MBD Johor Bahru, Majlis Gabungan Belia (MGB) Mersing dan MBD Kuantan.

Pelaksanaan jelajah ini bertujuan meneliti aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi, menyemak pelaksanaan program serta mendapatkan gambaran mengenai perkembangan gerakan belia di peringkat daerah. Selain itu, sesi penaziran ini turut menjadi ruang untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran yang dihadapi serta membincangkan langkah penambahbaikan bagi memperkukuh keupayaan organisasi belia dalam melaksanakan peranan masing-masing.

MBM berharap agar pelaksanaan jelajah ini dapat mempererat hubungan antara MBM dengan organisasi belia di peringkat daerah, di samping menggalakkan amalan tadbir urus yang lebih teratur, telus dan berkesan. Kerjasama erat antara semua pihak amat penting bagi memastikan gerakan belia terus berkembang serta kekal relevan dalam memperjuangkan kepentingan dan pembangunan golongan belia di Malaysia.

Majlis Belia Malaysia
Memperkasa Belia, Membina Masa Hadapan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »