MAJLIS BELIA MALAYSIA

Terkini mengenai Adik Hairuman

24/01/2011
(1) BERSAMAMU TV3
[Link gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=52304&id=127797857271978&ref=mf]
Krew penerbitan Bersamamu TV3 diketuai wartawannya, Bakri dan pengacara, Zakiah Anas telah hadir membuat liputan penderitaan Hairuman, mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi yang dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

(2) KUNJUNGAN AMY SEARCH
[Link gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=52299&id=127797857271978&ref=mf]
Minggu lalu, Hairuman telah menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Amy Search. JKMRM-Majlis Belia Malaysia agak ”pecah kepala” bagaimana untuk membawa penyanyi rock tersohor itu datang bertemu mangsa. Dengan kerjasama Jaafarian Old Boys (JOB), iaitu persatuan alumni sekolah yang Amy Search pernah belajar, kami akhirnya berjaya menghadirkan penyanyi iru di hadapan Hairuman. Amy Search meluangkan masa selama 3 jam dengan Hairuman. Bersamamu TV3 turut merakamkan pertemuan ini. Kesedihan jelas terpancar diwajah penyanyi itu dan rakaman terhenti beberapa ketika kerana Amy Search gagal menahan sebak didada. Saksikan rancangan BERSAMAMU TV3 yang akan kami umumkan nanti.

(3) MALAYSIA HARI INI (MHI)
[Link gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=52303&id=127797857271978&ref=mf]
Wartawan MHI, Hidayah telah hadir untuk membuat liputan mengenai nasib malang yang menimpa Hairuman. MHI telah menemubual mangsa dan keluarga tentang perkembangan terkini dan perancangan masa hadapan. Turut ditemubual ialah Saudara Mohd Zaidi, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan Saudara Abdul Rizam Mohd Akhir, Timbalan Pengerusi JKMRM-Majlis Belia Malaysia.

(4) KUNJUNGAN PENGERUSI KOLEJ POLYTECH MARA (KPTM)
[Link gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=52300&id=127797857271978&ref=mf]
Yang Berusaha Dato’ Suhaimi Shahdan, Pengerusi KPTM merangkap Exco Pemuda Umno Malaysia telah meluangkan masa 2 jam bersama Hairuman bagi memberi sokongan moral dan emosi terhadap mangsa. Beliau juga turut memberi jaminan pendidikan di bawah KPTM buat mangsa selepas sembuh kelak. Pihak keluarga dan JKMRM-MBM berasa terharu di atas komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin muda ini.

(5) SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN
[Link gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=52305&id=127797857271978&ref=mf]
JKMRM-Majlis Belia Malaysia setakat ini telah berjaya mendapatkan banyak bantuan kewangan buat mangsa. Hebahan berkaitan sumbangan disalurkan terus ke akaun kakak mangsa. Pada masa yang sama, sumbangan berbentuk barangan terus diterima oleh keluarga mangsa. Antaranya ialah dari Perbadanan Bioteknologi Negeri Melaka, Dewan Muda DPMM Negeri Johor dan Jaafarian Old Boys (JOB). Majlis Belia Malaysia (MBM) kini merupakan penyumbang terbesar barangan keperluan mendesak untuk mangsa. MBM diwakili oleh Saudara Mohd Zaidi, Setiausaha Agung bagi menyampaikan sumbangan. Sumbangan diterima oleh kakak mangsa, Puan Maryuni Miskon.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: +60122853630 / +60137733676
FB: www.facebook.com/mdrizanhassan
FB 1B1K: http://www.facebook.com/pages/1Belia-1Kemahiran/140946845950665?ref=ts
FB JKMRM: http://www.facebook.com/group.php?gid=278321043532
FB Aduan Belia: http://www.facebook.com/group.php?gid=302324266537
FB HBN: http://www.facebook.com/haribelianegara2011

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »