PUTRAJAYA 26 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perpisahan dan sesi “clock out” terakhir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad di perkarangan Menara KBS.
Hadir dalam majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan turut disertai Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Mewakili kepimpinan dan Ahli Dewan Tertinggi Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM telah hadir menyampaikan ucapan dan cenderhati tanda penghargaan terima kasih atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan beliau dalam menyokong pergerakan belia.
Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM.
Semoga Tuan Mohd Azhari terus diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih atas khidmat bakti kepada pergerakan belia.
Selamat bersara!