PETALING JAYA 4 Dis – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan menghadiri Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) 2021 anjuran Junior Chamber International Malaysia dan dihoskan JCI Kuala Lumpur Mandarin (JCIKLM).
Ucapan perasmian disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Ini merupakan kali ke-14 penganjuran bagi mengiktiraf pencapaian anak muda Malaysia. 10 penerima anugerah telah diumumkan. Antara figura besar yang pernah memenangi anugerah ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Michella Yeoh, Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Lee Chong Wei.
Tahniah JCI Malaysia atas penganjuran majlis gilang gemilang.