KUALA LUMPUR 18 Okt – Team produksi pembikinan video dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini diteruskan dengan menemubual mantan Exco Wanita MBM sesi 2012-2014, Datuk Haryaty Hamdzah.
Sesi temubual yang berlangsung di pejabat MBM ini menyorot kembali kisah dan pengalaman beliau semasa berada dalam kepimpinan MBM.
Beliau berharap MBM terus kukuh sebagai institusi belia yang terunggul di negara ini.
“MBM juga perlu lebih relevan dan seiring dengan kehendak anak muda hari ini”, ujarnya.







