KUALA LUMPUR 4 Okt – Telah berlangsung sesi temubual untuk pembikinan video dokumentari Jubli Intan 75 Tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara bertempat di pejabat beliau.
Beliau sempat berkongsi pengalaman ketika berada dalam pergerakan belia mulai zaman pelajar, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahli Dewan Tertinggi MBM sehingga menduduki kepimpinan MBM sesi 2006-2010.
Antara bait katanya, “saya lahir dari kilang belia, terima kasih atas didikan, peluang dan ruang yang diberikan sehingga berada di kedudukan saya sekarang”.
Sebelum mengakhiri bicara, beliau menitipkan pesanan buat generasi muda agar sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu, kerana tanpa ilmu kita bukan sesiapa.
Terima kasih Datuk atas kelapangan masa.