PUTRAJAYA 12 Feb – Utusan TV telah menemuramah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dalam rakaman Temubual Berani Cakap berkaitan belia dan dunia digital serta berita palsu. Rakaman bual bicara kritis ini bakal disiarkan Isnin depan di UtusanTV.
Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkifli Hamzah turut serta dan mengambil peluang berbincang tentang kerjasama termasuk latihan pengendalian media untuk pemimpin belia.