MAJLIS BELIA MALAYSIA

TechConnect: Youth IOT Exploration – peluang meneroka penggunaan IOT dan Coding

BANGI 27 Julai – Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Asia Pacific University dan SMK Jalan Empat telah menganjurkan TechConnect: Youth IOT Exploration.

Program 3 sesi ini mendapat sokongan daripada geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Seramai 30 orang murid SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi telah menyertai program yang memberi peluang meneroka penggunaan IOT dan Coding untuk membina litar mini dan projek elektronik ringkas.

Hadir sama Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Hussien daripada Gpms Bangi.

Terima kasih kepada semua rakan kerjasama dan pihak sekolah dalam menjayakan sesi 1 program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »