HULU LANGAT 23 Disember – Team Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) selesai membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di Taman Sri Nanding yang terjejas teruk akibat banjir. Turut terlibat dalam musibah ini rumah keluarga Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz.
Cuaca baik dan sambungan bekalan air dan elektrik memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan separuh sisa barangan rosak ke dalam lori majlis perbandaran. Misi ini akan diteruskan esok oleh team sukarelawan di lokasi sama.
MBM mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dari Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Selangor, Gerakan Belia Sikh Malaysia dan individu yang membantu.
Program ini diselaras oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua Relawan MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.
Hadir sama menyumbang tenaga Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Presiden MBWP, Sdr. Naseer Mohamed dan Gerakan Belia Sikh Malaysia, Sdr. Gupreet Singh.