MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tawaran usahawan bidang kosmetik

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Syarikat Multibeauty diketuai oleh Dato Zakaria Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Cawangan Malaysia di Wisma MBM di sini.

Hasil perbincangan pertemuan ini berkisar mengenai penawaran skop kerja Saloon Bergerak (Mobile Saloon) di kalangan belia terutamanya yang berminat dan berkemahiran dalam bidang solekan atau lebih dikenali sebagai jurusolek (make up artist).

Pihak Multybeauty berperanan sebagai penyedia platform dalam mempromosikan perkhidmatan solekan. Multybeauty juga turut menawarkan latihan dan bimbingan kepada belia-beliawanis yang berminat dalam kerjaya persolekan.

Multybeauty akan membantu MBM dalam menawarkan aplikasi WIS secara percuma yang mana aplikasi ini memudahkan MBM dan badan gabungannya dalam menyebarkan informasi mengenai pertubuhan itu sendiri seperti pelaksanaan program, tawaran pekerjaan dan sebagainya.

Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun percaya inisiatif ini sebagai satu usaha dalam memperkasakan penyampaian maklumat secara terus kepada golongan belia terutamanya kepada ahli pertubuhan itu sendiri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »