KUALA LUMPUR 17 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan hasrat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB) berkenaan agenda menawarkan peluang menyambung pengajian beserta pelbagai tajaan dan insentif pengajian yang disediakan untuk bantu belia-belia dalam keluarga asnaf, B40 dan M40.
Menyedari keadaan cabaran semasa Covid-19 yang membawa kepada keadaan kemelesatan sosial dan ekonomi dikalangan rakyat yang tidak dapat dibendung, peluang-peluang sebegini adalah pastinya merupakan berita gembira kepada para belia lepasan SPM di luar sana untuk menyambung pengajian. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus profesional LCCI, CAT, kursus Homegrown seperti Pengajian Haji dan Umrah, Pengajian Zakat Waqaf, Pengajian Industri Halal dan pelbagai lagi.
Jika tiada aral, MBM akan mengelolakan siri jelajah dalam talian untuk memanjangkan tawaran yang diberikan oleh pihak KPB kepada belia-belia di luar melalui Majlis Belia Negeri yang berminat.
MBM diwakili oleh Sdr Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM. Manakala pihak KPB diketuai oleh Puan Kasniah Neni, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pemasaran KPB.