MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tawaran Insentif SIP GIG PERKESO

Dalam Talian | 6 April – Mesyuarat bersama PERKESO telah diadakan bagi membincangkan kerjasama antara MBM dan PERKESO bagi mempromosikan Program SIP GIG di bawah PERKESO.

Program SIP GIG merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baru di bawah Bajet 2022.

Insentif ini fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Hadir dalam mesyuarat ini Datuk Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) dan Setiausaha Jawatankuasa, Puan Norliana Muhammad manakala PERKESO diwakili oleh Encik Dedi Syedputra Mohd Hairi dan Puan Ainul Fadhilah Zaidi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »