KUALA LUMPUR 22 Mei – Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Bimbingan dan Perlindungan Raudhatus Sakinah telah mengadakan Program Tautan Kasih”Peduli Masyarakat” dan ziarah di Pusat Bimbingan dan Perlindungan Raudhatus Sakinah sempena bulan Ramadhan al-Mubarak.
Program Tautan Kasih diadakan sepanjang bulan Ramadhan sejak 11 Mei lepas berfokus kepada khidmat sosial, pendidikan dan sukarelawan melalui beberapa aktiviti seperti penyerahan sumbangan iftar, penyerahan buku, berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
Antara pengisian program seperti sumbangan duit raya dan goodies bag kepada pelatih dan juga warden Raudhatus Sakinah. Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Zul Ramli dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa.
Program dihadiri oleh Sdri. Nurul Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM dan Sdri. Nazira Roslee, Exco MBM.