Majlis Belia Malaysia (MBM) mengikuti rapat perkembangan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meneliti pelbagai hujah berkaitan isu ini termasuk kenyataan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).
Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan awam dan imej negara di mata dunia serta bagi menangani persepsi awam maka MBM mengesyorkan penubuhan jawatankuasa siasatan bebas yang dipengerusikan tokoh berwibawa seperti bekas hakim bagi menjalankan siasatan terhadap kes ini.
Justeru kenyataan Pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berpuas hati terhadap penjelasan KP SPRM bagi pandangan MBM tidak memadai.
Justeru jawatankuasa ini mesti ditubuhkan segera bagi memberikan keadilan kepada KP SPRM selain menangani persepsi awam yang tidak terkawal terhadap integriti dan imej SPRM. Ia juga mampu menangani tohmahan bahawa isu ini merupakan usaha terancang pembunuhan karakter KP SPRM.
Justice delayed is justice denied!
JUFITRI JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia
Tarikh : 6 Januari 2022 / 3 Jamadilakhir 1443 H