MAJLIS BELIA MALAYSIA

“TALK WITH PROF. SYEIKH ALI QURADAGHI”, SETIAUSAHA AGUNG KESATUAN CENDEKIAWAN ISLAM SEDUNIA

BANGI 20 Disember – Program “Talk With Prof. Syeikh Ali Quradaghi”, Setiausaha Agung Kesatuan Cendekiawan Islam Sedunia bertajuk Pesanan Kepada Belia Malaysia dalam Kerangka Masyarakat Majmuk telah berlangsung di pejabat SKPB Bangi.

Program dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE), Angkatan Belia Islam, Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB) dan Pencak Kalam Resources.

Dalam ucapannya, beliau berpesan sebagai pemimpin kepada belia pelbagai kaum dan agama maka pimpinlah dengan nilai, “keinsanan” dan “keadilan”.

Terima kasih Profesor Sheikh Ali Al-Qaradaghi di atas mutiara nasihat kepada pemimpin belia Malaysia.

Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »