Dukacita dimaklumkan, Dato’ Poad Jelani, mantan Naib Presiden MBM (2004-2006) yang juga SUS kepada YAB PM telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau merupakan seorang aktivis belia yang banyak menyumbang kepada pergerakan belia dan beliau memegang jawatan Exco MBM pada tahun 2000 – 2002 dan menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung pada 2002-2004. MBM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah