Dalam Talian | 13 Julai – Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mempengerusikan Taklimat Relawan Untuk Malaysia bersama badan gabungan MBM bagi memperkemas dan menggandakan gerak kerja bantuan untuk belia dan rakyat Malaysia.
Usaha menubuhkan Relawan untuk Malaysia adalah atas kerjasama dari persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diselaraskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membantu golongan terjejas akibat daripada pandemik Covid – 19.
