MAJLIS BELIA MALAYSIA

Taklimat Penerangan Skim Perantisan Nasional dan FELO NGO kepada Setiausaha Badan-badan Gabungan MBM

PUTRAJAYA 15 April – Sesi Taklimat Penerangan Skim Perantisan Nasional (SPN) dan FELO NGO kepada Setiausaha-setiausaha Badan-badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan secara dalam talian.

Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah bersama panel yang terlibat iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Suraya Sulaiman dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Untuk rekod, MBM sebelum ini telah mengadakan sesi taklimat dan penerangan SPN kepada badan-badan beruniform di bawah MBM serta Majlis Belia Felda Malaysia dan cawangannya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »