Kuala Lumpur, 23 Mac 2013 – Bagi menilai ketelusan dan peraturan SPR dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus Pilihanraya Umum kali ke 13 (PRU-13), SPR telah melantik empat NGO bagi PRU di Semenanjung iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Centre for Public Policy Studies, dan Merdeka Centre.
MBM selaku NGO belia terbesar di Malaysia yang buat pertama kalinya dilantik sebagai pemerhati, telah melantik seramai 366 orang pemerhati yang terdiri dari pemimpin belia pada peringkat akar umbi di seluruh daerah di Semenanjung. Pemerhati-pemerhati ini telah menjalani sesi taklimat khas yang telah diadakan di Grand Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada 22 – 23 Mac 2013 dan program ini telah dirasmikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. Taklimat selama dua hari ini juga turut mengundang wakil dari IDEAS dan MAFREL bagi mendedahkan peserta dengan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui oleh NGO tersebut pada pilihanraya yang lepas. MBM juga turut mengundang wakil dari SPR dan SUKAGUAM bagi mendapatkan pendedahan yang lebih jelas mengenai peraturan dan undang-undang pilihanraya.
Pada program ini juga, MBM turut menyampaikan watikah perlantikan kepada dua belas Penyelaras Negeri (PN) yang mewakili Majlis-majlis Belia Negeri di Semenanjung yang akan bertanggungjawab menyelaras Pemerhati Tempatan (PT) yang telah dilantik dari negeri masing-masing.
Berikut adalah pemerhati NGO yang telah dilantik oleh SPR;
SEMENANJUNG MALAYSIA:
1. Majlis Belia Malaysia (MBM);
2. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS);
3. Centre for Public Policy Studies; dan
4. Merdeka Centre.
SARAWAK:
Zon Kuching
1. Persatuan Belia Islam Nasional, Sarawak (PEMBINA);
2. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak; dan
3. Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (OUNA)
Zon Sibu
1. Sibu Chinese Chamber of Commerce and Industry; dan
2. Persatuan Melanau Sibu
Zon Miri
1. Persatuan Cina Miri;
2. Persatuan Dayak Bidayuh Nasional Association (BBNA), dan
3. Federation of Orang Ulu Association Malaysia (FORUM)
SABAH:
1. Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sabah;
2. Persatuan Belia Sabah; dan
3. Persatuan Gabungan Cina Sabah