SERDANG 10 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mendengar taklimat peluang ekonomi lejang (gig economy) yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengasas Fix Apa, Encik Ainol Razman Ghazaly di mana platform pasaran sosial diwujudkan untuk rakyat Malaysia menawarkan perkhidmatan mereka berdasarkan minat dan kepakaran mereka.
Ia sekaligus cuba menangani isu ekonomi dan peluang menjana pendapatan. MBM sentiasa menyokong segala peluang untuk belia menjana pendapatan dan pembinaan kerjaya.
Turut sama 2 Felo Penyelidik MBM dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Ismi Arif.