DALAM TALIAN 9 Nov – Telah berlangsung Taklimat Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 kepada Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diadakan menerusi platform Zoom. Taklimat disampaikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.
Taklimat disampaikan bagi memberikan kefahaman dan kemaskini berkenaan MBPB kepada Exco MBM untuk disampai dan dibentangkan dalam Majlis Perundingan Belia Negeri-Negeri.