MAJLIS BELIA MALAYSIA

Taklimat Literasi Kewangan Perkasa Pengurusan Kewangan

KUALA LUMPUR 17 April – Menyedari kepentingan pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik sebagai asas kestabilan masa depan, Jawatankuasa Kewangan dan Jaringan, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan sesi Taklimat Literasi Kewangan bersama Sekretariat MBM bertempat di Wisma MBM.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan warga kerja MBM mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah, termasuk aspek perancangan bajet, simpanan, pelaburan dan kawalan perbelanjaan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Pengurusan Kewangan, Maybank Berhad yang berkongsi panduan praktikal serta strategi berkesan dalam mengurus kewangan secara lebih bijak dan terancang.

Turut hadir Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM yang menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa literasi kewangan dalam kalangan warga MBM sebagai langkah penting ke arah melahirkan warga kerja yang lebih berdaya tahan dari segi ekonomi.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MBM dalam membudayakan amalan kewangan sihat serta memperkukuh keupayaan individu dalam merancang masa depan kewangan yang lebih stabil dan mampan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »