KUALA LUMPUR 30 Mei – Sesi taklimat lanjutan Inisiatif Belia Berniaga secara Maya Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN), Datuk Syed Osman Mohamed telah diadakan bersama komuniti belia India yang diselaraskan oleh Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKKBT).
Datuk Syed Osman telah memberikan penerangan proses lanjutan Inisiatif Belia Berniaga kepada belia-belia India yang telah memohon.
Presiden MKBBT Malaysia, Sdr. Gobi Kumaran turut bersama-sama dalam taklimat ini.