MAJLIS BELIA MALAYSIA

Taklimat HRD Corp – Human Resource Development Corporation berkenaan program JanaPreneur

PUTRAJAYA 29 Jun – Sdri. Nurul Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM telah menghadiri secara maya sesi taklimat bersama HRD Corp – Human Resource Development Corporation berkenaan program JanaPreneur.

Janpreneur merupakan sebuah platform perniagaan dalam talian yang membolehkan para peniaga menjual produk dan perkhidmatan mereka secara percuma di portal yang disediakan HRDCorp.

MBM selaku Penyedia Latihan yang berdaftar dengan HRDCorp akan sentiasa membantu para belia mendapatkan peluang pekerjaan dan perniagaan melalui program latihan yang disediakan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »