15 Mac 2022 | Atas TalianSdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi taklimat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai Program Pemilikan Rumah Keluarga Malaysia atau Home Ownership Programme (HOPE).
Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Azhar Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) (KPKT) kepada rakan kolaborasi strategik KPKT.
Program HOPE ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik kepada golongan B40 dan golongan belia yang ingin memiliki rumah.