DALAM TALIAN 26 Mei – Satu sesi taklimat bantuan khas Program Sokongan Psikososial dan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan telah diadakan secara dalam talian kepada ahli jawatankuasa wanita dari Badan-badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Taklimat ini disampaikan oleh Puan Norhafiza Mohamed Rashid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Hadir sama Sdri. Ruby Chow Heng Yee, Naib Presiden MBM.