Take5 Youth Camp telah dijalankan pada 1 – 3 Julai 2022 di Agrofarmstay@Skill-Tech Durian Tunggal, Melaka bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2022. Seramai 35 orang peserta telah menyertai Take5@Melaka ini.
#Take5 merupakan salah satu inisiatif dibawah Komuniti Minda Sihat Belia Malaysia (Skuad BeMIND) yang menjadi platform respon awal kepada golongan belia untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran penjagaan diri dan mental melalui aktiviti outdoor.
#Take5 juga sebagai usaha Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk membina minda dan rangkaian positif dalam kalangan belia di Malaysia dalam usaha menangani masalah kesihatan mental dewasa ini. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Sdr Zaini Muhamad, Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Turut hadir Sdr Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr Muhamad Iqmal Mahadi, Penolong Bendahari Kehormat MBM.


























