SUNGKAI 7 Julai – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Fadzli Hasan merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) telah menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda 2020 bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampus Tun Abdul Razak, Trolak.
Sambutan Hari Peneroka tahun ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Diraja Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. MBM mengucapkan tahniah kepada semua warga Felda di seluruh negara kerana telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran selama 64 tahun dalam menyumbang kepada pembangunan negara.