BACHOK 23 Sep – Sdr. Mohd Hakimi Mat Husin, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Timbalan Pengerusi Biro Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah telah hadir menjayakan program “Table-Talk” Peluang Kedua bersama penghuni wanita di Cure & Care Rehabilation Center (CCRC) Bachok, Kelantan.
CCRC merupakan pusat perlindungan dan penjagaan wanita yang terlibat dengan penagihan dadah. Program ini dianjurkan oleh Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan MAYC Kelantan.
Sesi table talk menampilkan dua ikon iaitu Sdr. Mohd Rizan Hassan, Setiausaha Agung FKPB/Tokoh Belia dan Sdr. Anas Affendy yang berkongsi pengalaman dan nasihat kepada penghuni-penghuni pusat ini untuk membina kembali kehidupan.
Tahniah kepada AADK khususnya kakitangan CCRC Bachok yang begitu cemerlang dan gigih bagi melaksanakan pemulihan kepada para penghuni wanita di sini yang tersalah langkah menggunakan dadah.