MAJLIS BELIA MALAYSIA

“Sumbangkasih Deepavali 2.0” rai belia dan kanak-kanak kurang berkemampuan

KAJANG 5 November – Sempena perayaan Hari Deepavali, MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan program “Sumbangkasih Deepavali 2.0” bertempat di Bazar Deepavali Plaza Metro Kajang baru-baru ini.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hadir merasmikan program ini.

Bazar ini menjual pelbagai produk yang diusahakan oleh komuniti belia India selain memberi peluang menjana ekonomi.

Dalam majlis ini juga, penganjur telah menaja pembelian baju tradisional kepada 60 orang belia dan kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Hadir sama Sdr. Sanjay Sangaran, Timbalan Presiden MIYC serta kepimpinan MIYC Kebangsaan dan Cawangan.

Tahniah kepada Sdr. Dhanesh Basil Presiden MIYC dan kepimpinannya atas penganjuran bermakna ini. Semoga usaha ini membawa cahaya kebahagiaan kepada semua sempena Deepavali.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »