SEREMBAN 22 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menyerahkan amanah sumbangan rakyat Malaysia berupa pakaian, pakaian dalam dan tuala wanita bagi meringankan beban mangsa banjir di Negeri Sembilan.
Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS) bersama MAYC Kebangsaan turut membantu menyediakan 200 kit #ProjectUnderwear tersebut sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
Sumbangan diserahkan kepada Sdri. Sheera Haiza Hashim, Setiausaha Agung MBNNS untuk diagihkan sewaktu misi banjir Negeri Sembilan khususnya di Seremban dan Jelebu.