Kuala Lumpur |10 April- Relawan MBM dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Malaysian Heart Health Associatio (MyHeart) telah membuat penyerahan sumbangan pek makanan kering kepada petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB. Senator Wan Ahmad Faisal Wan Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Heric Corray. Turut bersama adalah Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi selaku penyelaras Relawan MBM.
Turut hadir Encik Muhammad Afiq Mohammad Nazari wakil MyHeart, Dr Atiqah Shazwani dan Dr Aimi Syakirah, CEO MyfundAction.


