MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukarelawan Pasca Bencana KBS “Belia Prihatin” Bantu Mangsa Banjir

KUANTAN, 20 DISEMBER 2013  – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pahang telah menjayakan Program Sukarelawan Pasca Bencana KBS “Belia Prihatin” di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang pada 19 dan 20 Disember 2013 yang lalu.

Program dua hari ini disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Yang Berusaha Puan Hajah Hatipah binti Ibrahim yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada mangsa banjir di PPRT Paya Berenjut Kemaman, Terengganu semasa lawatan rumah ke rumah dan juga pihak pengurusan Madrasah Tusayyidil Mursalin Wa Ummul Mukminin, Cawangan Madrasah Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang.

Selain menyampaikan sumbangan barangan, sukarelawan terlibat turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara bergotong-royong membersihkan kawasan Madrasah Tusayyidul Mursalin Wa Ummul Mukminin dan lawatan ke rumah pegawai dan kakitangan JBSN Pahang yang terlibat banjir. Dalam pada itu Puan Hajah Hatipah binti Ibrahim, meluangkan masa melawat Kompleks Rakan Muda Kemaman yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir serta beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan.

Hadir sama di program ini adalah Pengarah, JBSN Pahang, Tuan Haji Kamarulzaman Hassan bin Mansor, Timbalan Pengarah JBSN Terengganu, Engku Azman bin Syed Mohd, Pengarah (Pengurusan dan Kewangan) Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Norazli bin Indzam, Cik Azura binti Abidin, Pengarah (Pusat Belia Antarabangsa) serta Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia, Encik Mohd Zaidi bin Aziz.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »