MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukarelawan MyVOC edar topeng muka kepada pelajar Jitra

Jitra, 21 Oktober 2015 – Kedah turut diancam jerubu yang teruk. Ianya bukan sahaja telah menjejaskan aktiviti ekonomi dan sosial penduduknya, malah turut memberi kesan kepada pelajar-pelajar sekolah. Majlis Belia Negeri Kedah telah menggerakkan sukarelawan MyVOC untuk mengedarkan 10 ribu keping topeng muka kepada pelajar-pelajar di sekolah di negeri Kedah. Pada hari ini, sukarelawan MyVOC telah menyampaikan sumbangan topeng muka  kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan Padang Pekan, Jitra, Kedah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »