KUALA LUMPUR: Sukarelawan belia di seluruh negara akan digerakkan untuk berperanan sebagai pemantau harga barang.
Pendekatan sedemikian diambil menerusi usahasama bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, dalam satu kenyataan berkata kerjasama strategik antara kedua-dua pihak mampu menggerakkan golongan belia bagi membantu kerajaan memastikan kepentingan pengguna dilindungi serta terpelihara.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum situasi semasa di mana rakyat melaporkan kenaikan harga barang sedang berleluasa.
“Dengan kerjasama MBM, KBS mengambil langkah proaktif menggerakkan belia sebagai sukarelawan yang akan memainkan peranan di lapangan bagi memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga di pasaran.
“Perkara itu seterusnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723). Ini selaras pengumuman terkini oleh kerajaan melibatkan pemberian subsidi ke atas beberapa makanan asas,” katanya.
Artikel penuh: