Istanbul 3 Dis – MBM menganjurkan program Sukan Muhibah Istanbul 2017 sempena Malaysia International Youth Program (MIYP 2017) bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia di Turki. Program ini kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Kementerian Belia dan Sukan Republik Turki (GSB) dan Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT).
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut penganjuran hari sukan negara yang diadakan di Turki.
Sukan ini berlangsung di Pendik Kurtkoy Sport Salonu, Turki pada 2 Disember 2017 bagi memupuk semangat kesukanan dan silatulrahim disamping ianya diadakan bersempena Hari Sukan Negara yang disambut setiap minggu kedua bulan Oktober.
Majlis perasmian Sukan Muhibah Istanbul 2017 ini dihadiri oleh wakil kerajaan Turki, jurulatih taekwando dan barisan kepimpinan MBM.
Pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk Futsal (Lelaki), Bola Baling (Wanita), Ping Pong (Individu dan Beregu) dan Bola Tampar (Lelaki dan Wanita).Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda AK Party.