Kuala Lumpur, 24 Februari 2012 – Ekspo Industri Sukan Malaysia 2012 (MSIE) selama tiga hari bermula 4 Mei ini dilihat sebagai penggerak kepada anjakan paradigma dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bidang sukan tidak boleh lagi dilihat dari segi taruhan pingat atau rekreasi semata-mata, sebaliknya bertindak sebagai penggerak ekonomi negara.
“Dalam masa tiga ke empat tahun dari sekarang, masyarakat khususnya golongan belia diharap akan mula melihat sukan sebagai peluang perniagaan.
“MSIE tahun ini, yang pertama kali dianjurkan Majlis Belia Malaysia akan menjadi titik tolak kepada perubahan itu,” katanya ketika berucapa pada pra-pelancaran MSIE di JW Marriot, Kuala Lumpur.