Oleh :
DR. HADAFI FITRI MOHD LATIP
Timbalan Pengarah
Sports Innovation and Technology Centre
Institute Human Centred Engineering
Universiti Teknologi Malaysia
Emel : Hadafifitri@utm.my
Pendidikan jasmani adalah merupakan subjek kedua yang tertinggi di undi sebagai subjek kegemaran pelajar pelajar sekolah di Uk. Ini tidak menghairankan kerana naluri kanak kanak dan remaja itu sendiri suka sesuatu yang seronok dan menghiburkan. Di Malaysia sendiri ia adalah merupakan subjek yang di tunggu – tunggu oleh semua pelajar. Pada masa kini, bebanan dan tekanan terhadap pelajaran adalah sesuatu yang sangat tinggi. Persaingan yang sengit untuk masuk ke sekolah asrama penuh dan Universiti awam menjadikan Ibu bapa tidak yakin membenarkan anak mereka untuk aktif di dalam bidang sukan. Justeru itu, artikel kali ini ingin membuka minda semua pihak untuk menyelusuri manfaat yang boleh di perolehi sekiranya anak anak mereka kekal aktif bersukan. Berikut adalah Impak dan Kesan apabila golongan belia terlibat dalam bidang sukan :
- Jadual Padat
Sesi latihan sukan biasa nya akan bermula jam 4 petang dan tamat pada jam 6 petang. Selepas waktu sekolah pelajar akan balik berehat untuk makan dan tidur sebentar. Kemudian mereka telah bangun dan bersiap sedia untuk ke tempat latihan sukan seawal jam 3 petang. Latihan yang di berikan membentuk jati dari dan displin yang tinggi kepada pelajar ini. Hanya yang kental sahaja boleh bertahan dengan latihan yang padat ini setiap hari. Untuk memastikan tahap kecergasan dan prestasi yang baik, mereka perlu displin hadir ke tempat latihan. Jika tidak berdisplin dan komited kemungkinan akan duduk di bangku simpanan dan tidak terpilih sebagai team pasukan sekolah atau negeri.
- Penat yang sihat
Selepas latihan sukan, mereka akan pulang ke rumah, sudah pasti jadual yang padat dari pagi hingga ke petang iaitu waktu sekolah dan waktu latihan sukan menyebabkan mereka keletihan di malam hari. Pasti sukar untuk golongan remaja dan belia ini untuk keluar melepak di tengah malam akibat keletihan semasa bersukan. Mereka perlukan masa rehat dan akan tidur awal untuk meneruskan jadual pembelajaran dan latihan sukan pada esok hari nya. Justeru itu, latihan sukan menghindarkan golongan belia ini terjebak dengan gejala yang tidak sihat di malam hari seperti merempit, melepak di kedai mamak 24 jam dan lain lain lagi
- Pertandingan sukan (hujung minggu)
Seterusnya golongan remaja dan belia kerap suka menghabiskan waktu mereka di shopping complex dan pasaraya di hujung minggu. Mereka akan berkumpul beramai – ramai dan melepak di hadapan shopping complex atau pun di cafe. Golongan belia yang terlibat dengan sukan pula akan memberi komitmen terhadap pertandingan pertandingan kecil yang biasa nya akan di anjurkan pada hujung minggu. Ini pasti sesuatu perkara yang menyihatkan jika di bandingkan menghabiskan masa melepak di shopping complex. Golongan belia yang terlibat dengan sukan akan belajar bersaing secara sihat. Jika kalah dalam pertandingan ini bermakna ada lagi pasukan yang telah berlatih lagi bagus dan bersungguh sunguh. Oleh itu, mereka akan ambil inisiatif kembali semula berlatih di tempat latihan sekiranya kalah atau tidak capai target yang dikehendaki. Sudah pasti matlamat utama setiap pasukan untuk muncul juara di dalam pertandingan sukan.
- Semangat Kerja Berkumpulan
Golongan belia yang terlibat dalam bidang sukan melatih diri untuk mempunyai semangat setiakawan dan berkumpulan. Sekira nya ada di kalangan ahli pasukan yang tidak displin dan komited dalam latihan pasti akan menimbulkan masalah kepada pasukan. Mereka akan sentiasa berlatih bersama-sama untuk mewujudkan chemistry antara satu sama lain dalam memastikan kejayaan pasukan. Persaingan secara sihat dalam merebut tempat dalam pasukan, pasti membentuk individu menjadi modal insan yang cemerlang. Jika tidak layak, individu tersebut akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya terpilih bersama pasukan. Kebanyakan atlet yang berjaya adalah atlet yang berusaha gigih dan sentiasa mencari latihan tambahan di waktu lapang untuk berada di tahap prestasi terbaik.
- Tidak Mudah Putus Asa
Latihan sukan membentuk individu untuk mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa sekiranya jatuh. Jika jatuh bangun semula, jatuh bangun semula sehingga mereka berjaya. Sistem latihan sukan yang sistematik di mana mempunyai sistem sokongan semulajadi yang sangat baik. Jika ada pemain yang yang menghadapi masalah pasti di bantu oleh rakan pasukan, jurulatih dan pihak pengurusan pasukan. Sistem sokongan ini penting dalam memastikan misi dan visi sesebuah pasukan tercapai. Jika pemain yang bermasalah tidak di tangani dengan baik pasti ia juga akan memberi kesan kepada pasukan. Justeru itu, latihan sukan melatih setiap individu untuk mempunyai semangat juang yang kental dan tinggi.
Tuntasnya, coretan ini datang dari hati dan bukan berniat berat sebelah untuk menyokong aktiviti latihan sukan. Akan tetapi ingin berkongsi pengalaman sebenar manfaat yang di perolehi sekiranya seseorang individu itu memilih untuk aktif bersukan. Dengan aktif bersukan secara tidak langsung mengekalkan kesihatan individu tersebut dan mengelakan dari mudah dijangkiti penyakit. Pokok pangkal nya, sudah pasti setiap aktiviti mempunyai kebaikan dan kelemahan. Walaubagaimanpun, aktiviti latihan sukan pasti akan lebih memberi manfaat yang besar kepada golongan belia di luar sana. Golongan belia harus bijak memilih masa depan mereka. Jangan tersalah membuat pilihan. Sentiasa mendapat rujukan yang betul. Sistem latihan sukan mempunyai sistem sokongan yang baik dalam memastikan tiada individu yang terjatuh dari landasan keretapi. Sekiranya terjatuh mereka akan di pandu untuk memastikan kejayaan bersama. Akhir kata, sukan adalah sesuatu bidang yang memerlukan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal erti kalah. Ini kerana latihan sukan itu sendiri mempunyai peranan seperti ini dalam melatih atlet untuk berjaya. Sekian, buat lah sesuatu untuk Allah swt sayang dan bukan kerana manusia. Majulah sukan untuk negara dan Kerana Tuhan untuk Manusia.
Nota : Dr. Hadafi juga berkolaborasi dengan Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat MBM.
Bertarikh: 11 Mei 2020
