ADDIS ABABA 20 Nov – Satu lembaran baharu dibuka! ​Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Ethiopia secara rasminya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini di Addis Ababa, Ethiopia.
​Perjanjian bersejarah yang berlangsung di Hotel Sherington ini ditandatangani oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, bersama Presiden Majlis Belia Ethiopia, Mr Fuad Gena.
​Antara Intipati Kerjasama:
– ​Meluaskan pelaksanaan AFRO-Malaysia Youth Forum ke negara-negara Afrika yang lain, menyebarkan semangat perpaduan belia Asia-Afrika!
– Merangka kerjasama yang lebih luas dalam bidang pembangunan belia untuk faedah generasi muda kedua-dua negara.
Dengan termeterainya MoU ini, Belia Malaysia dan Ethiopia kini sejajar dalam melangkah ke garis memperkuat solidariti Negara-Negara Selatan khususnya dalam konteks Belia seperti yang diangkat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam syarahan khas Afro-Malaysia Youth Forum.




