MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukan Belia Negaraku Utara

Alor Setar 9 April – Kali ini Sukan Belia Negaraku telah mengadakan siri jelajahnya ke Utara bagi mendekati belia di akar umbi dengan menyemarakkan aktiviti kesukanan.

Program ini menyaksikan perlawanan persahabatan diantara MYT MBM dengan MBD Baling di Padang Kupang Baling, MBN Penang di Padang Politeknik Seberang Prai dan MBD Kubang Pasu di Padang Dewan Wawasan, Kubang Pasu. Manakala perlawanan badminton persahabatan di Dewan Badminton Politeknik Seberang Prai.

Turut diserikan lagi perlawanan dengan kehadiran lagenda bola sepak negara Sdr. Azman Adnan disamping MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr, Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung Sdr, Hasnul Fairuz Husin Amri dan barisan Exco – Exco MBM manakala Majlis Belia Negeri dihadiri oleh pimpinan tertinggi MBN dan belia-belia sekitarnya.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »