MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukan Belia Negaraku Sepang

Cyberjaya 4 April – Sukan Belia Negaraku adalah platform untuk meraikan ukhwah dan persahabatan yang menunjukkan belia hari ini aktif bersukan demi meningkatkan kesihatan badan.

Program ini menyaksikan perlawanan persahabatan diantara Persatuan Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (KBS) vs MYT MBM yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Bandaran Sepang, Selangor pada pukul 8 malam dan berakhir dengan penyampaian cenderamata dan cabutan nombor bertuah.

Lebih diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali KSU KBS dan MBM dihadiri oleh Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Fairuz, Bendahari Kehormat MBM Sdr. Karnan a/l Pandurangan, Penolong Bendahari Kehormat MBM Sdr. Ahmad Daniar Ismail dan barisan Exco-Exco MBM.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »