Oleh:
Sdr. Jurais Abdullah
Koordinator Sekretariat Mahasiswa
Majlis Belia Malaysia
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) adalah satu kaedah pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan pada ketika pandemik melanda dunia. PDPR sering dikaitkan dengan beban.
Pada pendapat saya, PDPR adalah merupakan salah satu beban yang terpaksa digalas oleh para pelajar akibat batasan yang wujud dengan pandemik yang melanda. Norma baharu bagaimanapun terpaksa disesuaikan oleh pelajar dalam menimba ilmu. Pelajar terpaksa mula untuk mencari inisiatif sendiri untuk belajar dengan tenaga pengajar, sikap kebergantungan semakin berkurang kerana batasan baru yang wujud.
Masalah utama yang dihadapi ialah masalah liputan internet yang lemah terutama kerana geografi Malaysia. Ianya juga telah menghadkan pelajar untuk menghadiri kelas dalam talian. Selain itu, ianya juga mendapatkan bahan pembelajaran tambahan seperti jurnal dan artikel berkaitan. Jika dahulunya, pelajar boleh merujuk ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan namun kini bahan hanya diperolehi secara dalam talian.
Selain itu, pembelajaran di rumah juga dilihat membebankan kerana pelajar di rumah terpaka memberi perhatian kepada komitmen lain seperti menjaga adik ataupun ada juga terpaksa berkerja untuk membantu keluarga yang terkesan kerana pandemik ini. Pengajar mengharapkan pelajar memberikan sepenuh fokus kepada kelas telah menyebabkan pelajar menjadi semakin tertekan. Masa perlu dibahagikan sebaik mungkin untuk membantu keluarga dan menyiapkan tugusan yang diberikan oleh pensyarah.
Aktiviti sosial yang terhad juga menyumbang kepada kesihatan mental pelajar. Aktiviti sosial, berbincang dan bertukar maklumat adalah salah satu etika pembelajaran yang membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik, malah adanya juga menjadi seolah support group sekiranya individu menghadapi masalah. Apabila aktiviti sosial terjejas, kesihatan mental juga terjejas.
Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan beban PDPR ialah dengan tenaga pengajar itu sendiri bersifat terbuka. Apabila mereka bersifat terbuka, masalah masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat diselesaikan dengan kesefahaman.
Misalnya sekiranya pelajar menghadapi masalah internet, pensyarah dapat membantu untuk merekodkan aktiviti PDPR untuk rujukan kemudian hari. Universiti juga memainkan peranan penting untuk memastikan pensyarah bersifat memahami dan terbuka agar pelajar dari pelbagai latar belakang dapat melalui PDPR tanpa sebarang masalah.
Semoga dengan tercapainya imuniti berkelompok kelak, akan memberikan peluang pelajar kembali ke kampus dan sekolah sekaligus pembelajaran bersemuka kembali dipraktiskan.
Bertarikh : 10 September 2021