KOTA KINABALU 29 Jun – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025 yang berlangsung di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis dirasmikan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pakar kesihatan mental, pengamal, pembuat dasar, pegawai kerajaan serta wakil masyarakat sivil dari negara-negara anggota ASEAN termasuk Timor-Leste.
Dengan tema “ASEAN Youth Voice: Empowering Minds, Ensuring Well-being,” sesi perbincangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda kesihatan mental belia di peringkat serantau. Fokus utama adalah untuk mengenal pasti cabaran budaya, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi tahap kesedaran terhadap kesihatan mental serta akses kepada perkhidmatan sokongan di rantau ini. Selain itu, ia turut menekankan kepentingan kerjasama serantau melalui perkongsian amalan terbaik, dasar dan program yang berkesan.
Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Dr. Loshseni Gunasegaran, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili MBM bersama belia-belia dari pelbagai persatuan hadir memberikan sokongan dan pandangan mereka dalam sesi perbincangan ini.











